Firqoh sesat khowarij
Bah 1 Perpecahan dan Solusinya
Dan terus-menerus mereka itu, iaitu manusia berselisih, walaupun kita menangis, walaupun kita tidak redho tetapi memang inilah ketetapan Allah iaitu manusia itu terus-menerus akan berselisih.
Kerana setan tidak mengizinkan, tidak menginginkan bagi kita untuk bersatu. Maka yang namanya ikhtilaf itu akan terus ada, kecuali orang yang di rahmati oleh Robbmu.
Dijelaskan oleh al Hasan al Basri rahimahullahu taala, dgn sanad yg sohih diriwayatkan oleh imam Ibnu Jarir di dalam tafsir beliau, dan juga Imam al Ajurry di dalam As Syariah, beliau mengatakan, "Orang-orang yang dirahmati Allah, mereka itu tidak akan berselisih."
Menunjukkan apa? Kita harus mengetahui apa jalan agar kita mendapatkan rahmat sehingga kita selamat dari perselisihan tadi.
Dan apa jalan2 org yg berselisih tadi, yang menyebabkan mereka itu masuk ke dlm neraka.
Dan telah datang di dlm hadis Muawiyah Ibni Abi Sufyan radiallahuan huma, dan bahawasanya beliau mengatakan,
"Sesungguhnya para ahlul kitab, baik dari Yahudi ataupun Nasoro, mereka berpecah di dlm agama mereka itu menjadi 72 kelompok."
Dlm lafaz yang lain kerana hadisnya banyak dlm masalah ini, kita hanya meringkas satu hadis saja.
Dalam lafaz yang lain, Rasulullah memisahkan. Yahudi terpecah menjadi 71 kelompok, dan Nasoro terpecah menjadi 72 kelompok.
Kemudian kita membaca yang berikutnya ini,
Dan sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 kelompok, iaitu HAWA NAFSU. Semuanya di dalam neraka kecuali satu.
Iaitu apa? Semuanya di dalam tempat yang mengandung azab kecuali satu yang masuk syurga, dan syurga adalah rahmat Allah.
Maka hadis ini kembali kepada, asalnya kepada ayat yang tadi, iaitu orang-orang yang berpegang di atas al-Jamaah.
Sesungguhnya akan keluar di umatku kelompok-kelompok. Hawa nafsu tadi akan menjangkiti mereka, sebagaimana penyakit anjing gila itu menjangkiti orang yang terkena penyakit tadi.
Sebagian membaca al kalbu, itu tidak betul. Tapi al kalab, kalau kalbu itu anjing tapi al kalab, itu penyakitnya.
Tidak tersisa darinya satu urat pun, dan tidak tersisa darinya satu sendi pun, kecuali penyakit tadi memasukinya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadisnya ini adalah Hasan.
Dalam riwayat yang lain dan hadis nya hasan juga, di akhirnya itu, Rasulullah mengatakan, "Wahai masyarakat Arab, kalau kalian tidak menegakkan agama ini, maka orang-orang selain kalian lebih pantas untuk tidak menegakkannya.
Iaitu apa? Tetap yang namanya pemimpin tertinggi memang orang Arab, kerana memang mereka itulah yang Allah pilih. Itu pada asalnya.
Bah 2 Siapakah al Jama'ah?
Thoyib. Sekarang siapakah al Jama'ah itu?
Berkata At Tibbi rahimahullah,
(At Tibbi ini sebelum Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah.)
Yang dimaksudkan dengan al Jamaah adalah para sahabat dan orang-orang yang setelah mereka, dari kalangan Tabi'in dan Atba ut Tabi'in.
Tabi'in seperti siapa misalkan Tabi'in itu? Seperti Atho' bin Abi Robah, seperti juga Mujahid, seperti juga Naqis.
Atba ut Tabi'in seperti siapa? Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik. Itu Atba ut Tabi'in.
Dari kalangan para pendahulu yang soleh.
Kesimpulannya apa? kata At Tibbi, "Aku memerintahkan kalian untuk berpegang teguh dengan jalan mereka dan sejarah mereka.
Dan aku (iaitu Rasulullah) perintahkan kalian untuk masuk di dlm rombongan mereka.
Rombongan yang setia di atas jalan para sahabat dan tabi'in dan atba ut tabi'in. Di nukilkan di Tuhfatul Ahwa di Syarah Sunan At Tarmizi.
Manakala kita mendapati bahawasanya termasuk dari sunnatullah adalah umat ini akan terpecah seperti mana umat-umat yang terdahulu juga terpecah, maka yang menjadi kewajipan kita adalah, agar kita jangan sampai masuk di dalam golongan orang-orang yang celaka.
Tapi kita disuruh untuk apa? Berpegang dengan jalan orang-orang yang selamat.
Maka diperlukan ilmu tentang masalah ini.
Sebagaimana firman Allah taala,
"Dan demikian lah Kami itu telah merincikan ayat-ayat, agar menjadi jelas jalan orang-orang yang jahat.
Jadi kita pelajari jalan orang-orang yang jahat agar kita selamat dari jalan tersebut.
Kita hindari bukan untuk kita ikuti, tapi kita hindari.
Sebagaimana ucapan Huzaifah Ibnul Yaman radiyallahu anhuma,
"Dulu orang-orang bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan, sementara saya sering bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana saya takut keburuka itu menimpa diriku. Al Hadis Muttafaqun Alaih.
Bah 3 Firqoh Khawarij
Dan dijelaskan oleh Syarostani di dalam kitab beliau Al Minal wa Nihal dan juga Ibnu Hazm dalam kitab beliau al-Fatl atau al Fitl itu baina An Nihal wa Mihal juga.
Juga sebagaimana dijelaskan oleh Abdul Qohir al Baghdadi di dalam al Qorhu Bainal Firaq dan juga dijelaskan oleh Abu al Hasan al Asy'ari rahimahulah di dalam Maqolatul Islami dan yang lain-lain, bahawasanya firqah yang pertama keluar dari umat ini adalah Firqah Khowarij
Dan kelompok ini telah muncul pemimpinnya di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, mengkritik Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam di dalam masalah keadilan beliau.
Makanya tidak hairan kalau pengikutnya nabi, mereka adalah ingkar sunnah, mengingkari sunnah. Melihat dalilnya al-Quran, kemudian sunnah mereka ingkari. Rasulullah aje mereka ingkari.
Mengatakan bahawasanya apa? "Sesungguhnya pembahagian ini tidaklah diinginkan dengannya wajah Allah." Menuduh Rasulullah tidak adil.
Dan mereka ini telah disebutkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam sekian banyak hadis, diantaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sahih dari Anas Ibnu Malik, iaitu apa?
Sebahagian sahabat menyebutkan, tapi aku tidak mendengar langsung dari Rasullulah kata Anas, Bahawasanya Rasullulah bersabda,
"Sesungguhnya di tengah-tengah kalian nanti, ada kaum yang mereka itu banyak beribadah dan rajin beribadah sampai orang-orang merasa kagum dengan amalan mereka tadi. dan jiwa mereka juga merasa kagum terhadap diri mereka sendiri."
Terkena penyakit ujub.
Mereka itu keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya.
Sudah masuk ke dalam, ke dalam apa? Binatang buruannya itu dalam dagingnya, kemudian keluar lagi dengan cepat. Itu maksudnya.
مرقة فهم من الرمية
Sudah masuk ke dalam Islam, tapi dengan cepat dia keluar dari Islam lagi.
Kerana apa? Karena tidak mahu ikut keputusan dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
Bah 4 Khowarij anjing-anjing neraka.
Dan juga telah datang di dalam hadis Muttafaqun Alaih dari Ali radiyallahu anhu, yang mana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,
"Akan datang di akhir zaman nanti, suatu kaum yang mereka itu masih muda. Akalnya itu masih pendek. Mereka mengucapkan ucapan makhluk yang terbaik.
Kalimatnya adalah
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّـهِ لحكم إلا لله
Kalimat yang benar, tetapi digunakan untuk apa? Sesuatu yang batil.
Mereka itu keluar dari Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari buruannya.
Maka di mana pun, kalian berjumpa dengan mereka, maka bunuhlah mereka.
Karena sesungguhnya di dalam pembunuhan terhadap mereka tadi, ada pahala bagi orang yang bunuh mereka di hari kiamat.
Inilah hadis tentang apa? Khowarij.
Diambil dari Yahu juna bi ha zihil ummah. Istilahnya adalah Khowarij, jamak dar Khorij atau jamak dari Khorijah.
Dan juga datang dari hadis Abi Gholib rahimahullahu taala, dia berkata, "Ketika di datangkan kepala-kepala Az Zanadiqoh, setelah mereke memberontak kepada Daulah Bani Umayyah, kemudian mereka terbunuh. Kemudian kepalanya dipotong. Kemudian dibawa ke Syam. Mereka adalah Az Zanadiqoh, iaitu anak iaitu apa? pengikut yang dari Nafi Ajroj itu.
Kemudian kepala-kepala yang telah terpotong tadi ditancapkan di tangga-tangga masjid Dimasyq.
Datanglah Abu Umamah alBahili radiyallahu anhu.
Ketika beliau melihat mereka tadi (yang sudah mati itu), beliau pun menangis.
Beliau mengucapkan, "Mereka adalah anjing-anjing neraka." Tiga kali beliau mengucapkan itu.
Mereka adalah bangkai yang paling buruk yang terbunuh di bawah kolong langit.
Sementara orang yang terbaik, jenazah yang terbaik, adalah orang yang terbunuh di tangan mereka.
Jadi yang membunuh paling buruk. Yang terbunuh adalah yang paling baik, syahadahnya itu, kalau dibunuh orang Khowari.
Maka aku, Abu Ghalib berkata, "Kenapa anda menangis kalau anda mengatakan mereka sendiri adalah anjing neraka?
Beliau berkata, "Aku kasihan kepada mereka. Mereka dulu adalah termasuk Muslimin.
Kemudian, kami berkata, "Apakah anda mengatakan mereka itu anjing neraka dengan pendapat anda sendiri? Ataukah itu sesuatu yang anda dengar dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam?
Beliau menjawab, "Aku lancang kalau sampai aku berbuat semacam itu. Bahkan aku mendengar itu dari Rasulullah saĺlallahu alaihi wasallam, bukan hanya sekali, bukan hanya dua kali, bukan hanya tiga kali. Beliau ulang-ulang."
Menunjukkan Rasulullah sering memperingatkan tentang para Khowarij itu.
Alhadis dikeluarkan oleh Abdul Razak, Ahmad dan At Tabrani, dan dia ia didalam Sahih Musnad. Hadisnya sahih.
Masih banyak hadis tentang ini dan itu kita bahas khusus di dalam bantahan kita terhadap orang-orang ISIS itu, DAESH itu, tidak perlu kita sebutkan seluruh dalilnya di sini.
Bah 5 Celaan terhadap Khowarij dan Jeleknya Madzhab Mereka.
Kita baca faedah yang penting dari Imam Al-Ajurri rahimahullah di dalam kitab beliau Asy Syari'ah di bawah judul bab iaitu Celaan terhadap Khowarij dan Jeleknya Madzhab Mereka.
Dan seterusnya beliau mengatakan, para ulama yang terdahulu ataupun yang kebelakangan, mereka tidak berselisih pendapat bahawasanya Khowarij itu adalah kaum yang jahat.
Mereka itu durhaka kepada Allah dan rasulNya sallallahu alaihi wasallam, sekalipun mereka itu solat, sekalipun mereka itu berpuasa.
Dan dalil banyak bahawasanya sampai ibadah sahabat pun kalah dibandingkan dengan ibadah mereka, tapi mereka tidak punya fiqh di dalam ibadah mereka sehingga mereka menjadi apa? Merasa kagum terhadap diri sendiri.
Sekalipun mereka itu bersungguh-sungguh di dalam ibadah, yang demikian itu tidak bermanfaat bagi mereka.
Mereka menampilkan amar makruf, nahi mungkar. Dan ini adalah syiar yang paling terkenal, menunjukkan mereka punya apa? Menggambarkan mereka itu memiliki semangat pembelaan terhadap Islam tapi dengan cara yang merosak.
Masalah amar makruf nahi mungkar memang wajib. Termasuk apa, prinsip Islam yang terbesar.
Sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi dan juga Imam Ibnu Majah, aa siapa? Imam Asy Syaukani dan yang lainnya.
Tetapi kalau orang Khowarij, mereka amar makruf nahi mungkar nya dengan cara apa? Dengan *cara perampokan, dengan cara penculikan, dengan cara peledakan dan sebagainya.
Dengan alasan apa? Yang tidak termasuk kelompok mereka adalah kafir. Maka darahnya halal dan hartanya pun halal.
Maka jangan hairan kalau kita dengar berita ada apa? Ada pencurian di sebahagian kedai-kedai, setelah ketahuan ternyata apa? Orang ini adalah dari kelompok Khowarij, kerana mereka menganggap halal harta kita dan darah kita.
Syiar mereka amar makruf nahi mungkar tadi tidak bermanfaat bagi mereka kerana mereka itu mentakwilkan Qur'an sesuai dengan hawa nafsu mereka.
Dan mereka membikin kekaburan terhadap kaum Muslimin.
Allah telah memperingatkan kita dari mereka.
Nabi juga telah memperingatkan kita.
Para Khulafa Ar Rasyidun juga telah memperingatkan kita dari mereka, sepeninggal nabi.
Para sahabat dan yang mengikuti mereka dengan baik juga memperingatkan kita dari orang-orang tadi.
Orang Khowarij, mereka adalah orang-orang yang melampaui batas dan mereka adalah orang-orang yang najis dan kotor.
Makanya Rasulullah sampai mengatakan apa?
Mereka adalah bangkai yang paling buruk.
Karena apa?
Demikian besar bahaya mereka untuk apa, merusak nama umat Islam ini.
Dan siapa saja yang masuk di mazhab mereka dari seluruh Khowarij. Kerana Khowarij sendiri terpecah lebih dari empat belas kelombok.
Sebagaimana dijelaskan dalam sifat-sifat yang kita sebutkan tadi.
Mereka saling mewariskan madzhab ini, di masa yang lalu ataupun masa-masa yang belakangan.
Bah 6 Mereka melakukan pemberontakan terhadap para pemimpin dan terhadap pemerintah.
Mereka melakukan pemberontakan terhadap para pemimpin dan terhadap pemerintah.
Mereka menghalalkan untuk membunuh kaum Muslimin.
Generasi yang pertama yang muncul dari mereka, itu telah muncul pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Dia adalah orang yang mencela Rasulullah dalam keadaan Rasulullah sedang apa? Membagi ghonimah.
Dia mengatakan, "Wahai Muhammad, adillah engkau. Saya tidak melihat kamu itu adil."
Menganggap dirinya lebih tahu daripada Rasulullah.
Rasulullah mengatakan, "Celaka kamu. Siapa yang sanggup untuk berbuat adil kalau aku tidak berbuat adil.
Umar ingin membunuh orang ini. Tapi nabi melarang beliau.
Dalam hadis yang lain, iaitu hadis Abi Said al Khudri, termasuk yang ingin membunuh orang tadi, yang minta izin juga siapa? Abu Sulaiman itu siapa?sahabi, yang panglima perang juga? Ya Khalid Ibnu Walid juga minta izin untuk membunuh orang tadi.
Rasulullah mengatakan, "Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya, salah seorang dari kalian nanti akan merasa rendah iaitu menghinakan solat dirinya terhadap solat orang tadi."
Juga puasa dirinya terhadap puasa orang tadi.
Merasa puasa salah satunya tidak ada apa-apa nya dibanding dengan mereka.
Mereka itu keluar dari agama. Menunjukkan semata-mata banyaknya ibadah, itu bukan petanda dia dapat kebenaran.
Tapi kapan dia dapat kebenaran? Kalau dia setia kepada jalan Allah dan rasulNya.
Dan Rasulullah memerintahkan untuk memerangi mereka, lebih dari satu hadis.
Dan Rasulullah menyebutkan keutamaan orang yang membunuh mereka atau dibunuh oleh mereka.
Kemudian setelah itu mereka keluar dari negeri yang beraneka ragam, kemudian mereka berkumpul di Mesir pada zaman Uthman dan mereka juga berkumpul di Nahrawan pada zamannya Ali.
Menampakkan amar makruf nahi mungkar, sampai mereka itu masuk ke Madinah.
Kemudian mereka membunuh Uthman bin Affan radiyallahu anhu.
Setelah membunuh Usman, sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ibnu Katsir di dalam al Bidayah wan Nihayah, mereka mengatakan apa? Waktu itu, para pembantu Uthman juga turut membela Uthman, tapi apa, satu persatu meninggal. Masih ada sebagian yang lain yang masih hidup berusaha mempertahankan yang masih tersisa.
Kemudian, orang-orang tadi setelah membunuh Uthman, mereka mengatakan, "Bagaimana kita menghalalkan darah dia dan tidak menghalalkan harta dia, kita ambil itu Baitul Mal. Akhirnya mereka menyerbu Baitul Mal.
Akhirnya para pembantu Usman yang tersisa mengatakan, "Wahai kaum, ternyata mereka itu sekadar ashabud dunia.
Memang sejak awal itu, beliau menghina Rasulullah adalah terkait dengan masalah apa? Masalah harta.
Itu sampai sekarang. Inti nya adalah apa? Mencari kerusi kekuasaan.
Walaupun zahirnya amar makruf nahi mungkar.
Sementara para sahabat Rasulullah yang ada di Madinah telah berusaha keras untuk jangan sampai Uthman terbunuh.
Kerana mereka, iaitu orang Mesir pada waktu itu, para Khowarij dari kalangan Mesir, memang mereka memanfaatkan kesempatan di mana kebanyakan sahabat sedang apa? Sedang mengadakan haji. Waktu itu adalah dekat musim haji. Sehingga yang di Madinah tinggal sedikit saja.
Waktu itu Ali bin Abi Talib, sudah masuk kepada Uthman, menembus kepungan, selama sekian hari itu, mengatakan, "Aku telah mempersiapkan lima ratus pemuda berbaju besi untuk melindungi anda dan membunuh mereka.
Tapi Uthman mengatakan apa? Sesungguhnya aku bermimpi bertemu Rasulullah dan Rasulullah mengatakan, "Wahai Uthman, sesungguhnya kalau engkau mengalahkan mereka, memerangi mereka, pasti engkau akan bisa mengalahkan mereka.
Tapi kalau engkau sabar, engkau akan berbuka puasa bersama kami.
Uthman mengatakan, "Maka aku memilih untuk sabar."
Maka memang hari itu, beliau terbunuh dalam keadaan berpuasa dan beliau berbuka malam itu dengan Rasulullah, sesuai yang disebutkan itu.
Dan juga apa, ketika sahabat yang lain datang, "Wahai Aminul Mukminin. Kami melihat wajibnya,
kami memandang wajibnya untuk menolong anda.
Maka Uthman mengatakan apa? "Aku tidak ingin menjadi orang yang pertama melindungi kekuasaan dengan darah Muslimin bahkan aku ingin melindungi darah Muslimin dengan jiwaku.
Kemudian beliau menyuruh mereka untuk apa? Untuk pulang. Namanya diperintah, ya sudah mereka pun pulang, Abu Hurairah dan yang lainnya.
Para sahabat yang berusaha membela tadi, mereka tidak mampu kerana memang yang mengepung luar biasa banyak waktu itu.
Kemudian mereka, setelah itu memberontak kepada Ali bin Abi Talib. Mereka tidak redha dengan hukum Ali. Mereka menampakkan ucapan mereka Tidak ada hukum kecuali milik Allah.
Memang benar. Tetapi apa? Mereka mentakwilkan bukan pada tempatnya.
Ali mengatakan, "Itu adalah kalimat yang benar. Tetapi mereka menginginkan dengan itu kebatilan."
Maka Ali radiyallahu anhu memerangi mereka, setelah apa? Mereka membunuh sahabat yang namanya. Abdullah ibnu Khobab ibnu Arad.
Dan melukai apa, melubangi perut hamba yang sedang hamil itu, dikeluarkan bayinya dan dipotong bayinya di hadapan wanita yang sudah hampir meninggal itu.
Kemudian mereka melewati apa, melewati kebun orang Yahudi, kemudian mereka mengambil mengambil kurma tanpa izin. Mereka mengatakan, "Bagaimana kalian mengambil kurma, orang ahlul iman, tidak boleh, kalian harus membayar. Maka mereka pun membayar.
Untuk darah Muslimin dianggap halal.
Maka Ali pun mengatakan kepada mereka memberikan pilihan kepada mereka untuk apa? Di qisos atau memilih perang. Ternyata mereka memilih perang. Maka terjadilah perang di Nahrawan itu.
Setelah apa? setelah dihadap dengan Ibnu Abbas, di mana 4000 orang daripada mereka bertaubat. Atau dalam lafadz yang lain, 2000 yang bertaubat, 4000 masih tetap mengikuti hawa nafsunya.
Akhirnya mereka berperang bersama Ali bin Abi Talib, semuanya terbunuh kecuali apa? Kecuali 9 orang kalau tidak salah. 9 orang kalau tidak salah, mereka lari.
Sementara dari para sahabat dan tabi'in, mereka yang meninggal hanya 2 orang di dalam perang tersebut.
Dan Ali mengabarkan kepada mereka tentang qoddurallah tentang keutamaan orang yang membunuh mereka atau dibunuh oleh mereka.
Bahkan Ali bin Abi Thalib dengan sanad yang sahih mengatakan, "Seandainya tidak menyebabkan orang Khowarij itu akan berjalan dengan sombong, nescaya aku khabarkan kepada mereka keutamaan yang Allah siapkan untuk mereka di kerana kan mereka telah memerangi.
Dan para sahabat berperang bersama Ali sehingga jadilah pedang Ali radiyallahu anhu terhadap Khowarij menjadi pedang kebenaran sampai tegaknya hari kiamat.
Kemudian masih ada nasihat-nasihat penting dari Imam Al-Ajurri tentang masaalah jangan kita tertipu dari indahnya ucapan orang-orang Khowarij tadi dan sebagainya-sebagainya kalimat yang bagus. Tapi kita ringkas saja di dalam pembacaannya.
Dan ada nasihat yang penting dari Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Mihajus Sunnah An Nabawiyah,
beliau mengatakan, "Dan barangkali hampir tidak ada, tidak diketahui ada satu kelompok pun yang memberontak terhadap penguasa, kecuali pemberontakan dia itu menyebabkan kerosakan yang lebih besar daripada kerosakan yang hendak dia hilangkan itu."
Itu menunjukkan apa?
Bahawasanya memang sabda Rasulullah itulah yang benar walaupun tidak sesuai dengan pemikiran kita.
Rasulullah menyeru untuk apa? "Kalau kalian melihat pemerintah yang zalim, bersabarlah kalian sampai kalian berjumpa dengan aku di atas telaga Haudh.
Itulah jawapan yang benar dan itulah langkah yang benar.
Dengan apa kita menebarkan nasihat?
طيب إلى هنا و الله اعلم
Sumber Channel Telegram: soaljawab_sheikhabufairuz
No comments:
Write komentar