Sunday, 3 October 2021

Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 29

 

Repost by: AlFaruq’s Blog 

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz






Tafsir Ibnu Katsir:
Sambungan Tafsir al-Fatihah:
Maaliki yaumiddin (Yang Menguasai Hari Pembalasan)
 
 
Masuk kpd ayat berikutnya dari Fathihatul Kitab iaitu firman Allah taala: “maaliki yaumiddin” yang menguasai hari pembalasan.  Ad-din ertinya adalah al-jaza’ dan juga al-hisab (pemeriksaan). Toyyib, sebelum kita masuk kpd tafsir Ibnu Katsir, kita ambil kesimpulan dari ringkasan yg disebutkan oleh Imam as-Sa’di rohimahulloh sebagai gambaran umum dan faedah. Disebutkan oleh Imam as-Sa’di “al-malik” adalah suatu zat yg memiliki sifat kepemilikan yg mana termasuk dari jejak kepemilikan tadi adalah dia memberikan perintah dan larangan di wilayah kekuasaan dia. Juga dia itu memberikan ganjaran ataupun hukuman dan dia  mengelola wilayah kekuasaan dia dgn segala bentuk pengelolaan sesuai dgn yg dia kehendaki; membuat peraturan atau memberikan hukuman atau juga memberikan bantuan atau memberikan ganjaran dan seterusnya, krn dia sebagai Sang Penguasa. Kemudian di sini  Allah taala menisbatkan kepemilikan tadi kpd hari pembalasan, iaitu Allah sebagai pemilik/penguasa hari pembalasan, iaitu hari kiamat. Hari di mana manusia akan mengalami pembalasan dan hukuman terhadap amalan mrk. Hukum iaitu keadilan. Yg baik diadili dgn kebaikan, iaitu dibalas dgn kebaikan. Yg buruk dibalas sesuai dgn keailannya iaitu keburukan. Krn pada hari itu akan nnampak kpd seluruh makhluk perkara2 tadi dgn penampakan yg paling jelas. Kebaikan sekecil zarrah pun akan Nampak, keburukan sekecil zarrah pun akan Nampak. Allahul mustaan. Juga akan nampak kesempurnaan dari kekuasaan Allah dan keadilanNya. Juga kesempurnaan hikmah Allah dan seterusnya dan seluruh kekuasaan makhluk ketika itu akan habis. Semuanya akan terputus sehingga nanti di hari kiamat, pada hari tersebut antara raja dan rakyat sama; antara hamba dan yg merdeka semuanya sama. Semuanya dtg dlm keadaan hamba. Semuanya tunduk kpd keagungan, keperkasaan Allah, semuanya menantikan balasan Allah taala kpd mrk, dan semuanya mengharap kpd pahalaNya dan semua takut kpd hukumanNya. Oleh krn itulah Allah taala mengkhususkan masalah ini dgn penyebutan; iaitu menampilkan sifat yg sgt khusus utk hari kiamat, bukan penguasa hari kiamat, ttp penguasa hari pembalasan. Krn gambaran khusus di wktu itu adalah masalah pembalasan. Dan juga dikeranakan di situ tampak sekali keadilan Allah taala. Krn kalau tidak demikian, Allah sebagai penguasa seluruh hari bkn hanya hri pembalasan. Hari2 di dunia juga dikuasai oleh Allah. Tp ini diebutkan secara khusus krn akan Nampak hikmah dan keadilan Allah secara jelas. Ini adalah kesimpulan dari ayat tersebut.
 
Kita baca apa yg disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir rohimahulloh. Beliau mengatakan: sebagian qori membacanya dgn ‘ma’ dipendekkan. Malik iaitu sebagai raja. Sementara yg lain mmbaca ‘maalik’ iaitu dimadkan, Sang Penguasa. Dan dua2nya benar. Sama2 qiroat yg mutawatiroh dalam qiroah sab’ah. Dan juga boleh dikatakan ‘maliik’ sebagaimana di ayat yg lain. Adapun kalau Nafi’ beliau membaca dgn kaf yg dikasroh iaitu kaf menjadi panjang, ada ya’…maalikiiyaumiddin. Para ulama yg  meneliti mrk merojihkan kedua qiroat ini dari sisi makna. Iaitu tidak masalah, ini semua boleh. Dua2nya benar dan bagus. Intinya adalah al-mulk iaitu kerajaan. Bererti isim faelnya adalah malik iaitu dibaca dgn mim nya dipendekkan.
 
Diriwayatkan dari jalur yg berbilang (sanadnya lebih dari 1) diriwayatkan oleh Ibnu Wardawai, bahawasanya Rosululloh sallallahu alaihi wasallam membacanya dgn ‘maaliki yaumiddin’; qiroah yg terkenal dgn kita di sini. Ya, ‘ma’ nya dimadkan. Kalau malik ini dari muluk. Maalik dari kepemilikan. Pemilik, bererti. Sebagaimana firman Allah taala: “sesunggunya Kamilah yg akan mewarisi bumi ini semua dan seluruh yg ada di atasnya, dan hanya kpd Kami lah mrk semua kembali (iaitu Allah sebagai pemiliknya).
 
Katakanlah: “kul a’uzubirob minnas, maalikinnas” saya berlindung kpd Penguasa Manusia dan Dia adalah Raja Manusia. Adapun Malik ini diambil dari al-Muluk iaitu Kerajaan.

Bererti Malik itu Raja. Sebagaimana firman Allah taala: “milik siapakah kekuasaan pada hari ini?” dijawab oleh Allah sendiri (boleh jadi pd waktu itu semua sudah hancur) Hanya milik Allah lah yg Maha Tunggal dan Maha Menundukkan segalanya. ucapanNya lah yg benar dan hanya milik Dia segala kerajaan.” Kekuasaan pd waktu itu adalah yg benar milik ar-Rohman, dan hari tersebut adalah hari yg susah bagi orang kafir. Adapun pengkhususan pemilikan dgn hari kiamat tidak meniadakan terhadap hari2 yg lain. Allah tetap berkuasa hari ini dan seterusnya dan sebelumnya dan semuanya. Krn telah berlalu pengabaran bahawasanya Allah adalah penguasa alam semesta pada waktu kapanpun, dan waktu adalah kekuasaan Allah juga. dan itu umum mencakup segala masa di dunia dan di akhirat. Hanyalah utk ayat ini kepemilikan dinisbatkan kpd hari pembalasan krn di hari kiamat nanti tidak ada seorg pun yg mengklaim menguasai sesuatu. Dan tidak ada satu makhlukpun yg mampu berbicara kecuali dgn seizing Allah sebagaimana firman Allah: “pada hari di mana berdirinya roh dan malaikat dlm keadaan berbaris rapi. Mrk tidak berbicara kecuali org yg  diizinkan ar-Rohman. Dan dia mengucapkan perkataan yg benar” dan firman Allah: “dan seluruh suara akan menundukkan diri kpd ar-Rohman, maka engkau tidak mendengar kecuali sekedar pergeseran kaki saja. Iaitu hari ketika kedatangan Allah, tidak ada satu makhluk pun yg berbicara tanpaizin Allah. Maka di antara mrk ada yg celaka dan juga ada yg berbahagia.
 
Toyyib. Kelanjutannya waktu yg akan datang, insya Allah. Wallahu’alam.

No comments:
Write komentar
pergerakan

Archive

BIOGRAFI