Sunday, 3 October 2021

Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 28

 

Repost by: AlFaruq’s Blog 

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz






Tafsir Ibnu Katsir:
Sambungan Tafsir al-Fatihah
 
Berkata Imam Ibnu Katsir rohimahulloh: dan telah diriwayatkan dgn semacam ini secara marfu’ ttg jenis2 alam semesta ini, ttp tidak sohih. Spt kata Abu Ya’la di dlm musnad beliau: belalang menjadi sedikit pd suatu thn dari masa pemerintahan Umar, maka Umar menanyakan mengapa belalang menjadi sedikit. Maka beliau tidak dikabari dgn sesuatu apapun. Maka Umar merasa gundah gulana dgn sebab itu. Lalu beliau mengirimkan utusan2 ke Yaman, Syam dan Iraq (wilayah kekuasaan Muslimin ketika itu) utk bertanya apakah belalang memang sedikit ataukah tidak nampak. Utusan dari Yaman dtg dgn 1 genggam belalang, lalu dilemparkan di hadapan Umar. Ketika Umar melihat belalang tadi, maka beliaupun bertakbir, dan mengatakan: saya mendengar Rosululloh sallallahu alaihi wasallam bersabda: ‘Allah mencipta 1000 umat. 600nya di lautan sementara 400 di daratan. Maka yg pertama kali binasa dari umat2 ini adalah belalang. Apb belalang sudah musnah, maka akan susul menyusul kemusnahan umat2 ini spt untaian apb talinya itu putus.’ Disebutkan di dlm catatan kaki, sanadnya dhoif jiddan krn ada Ubaid bin Waqid al-Qoisy dan dia itu dhoif.
 
Al-Bahgowi menukilkan dari Said Ibnu Musayyab: Allah memiliki 1000 alam, iaitu 1000 jenis makhluk. 600nya di lautan dan 400 di daratan. Berkata Wahab ibnu Munabbih: Allah memiliki 18,000 alam. Dunia ini baru 1 alam saja. Muqotil bin Sulaiman mengatakan alam semesta ini ada 80,000. Berbeza2 spt ini, siapa yg boleh dipegang? Dari mana mrk mendapatkan ini? Khayalan yg byk sekali. Berkata Kaab al-Akhbari:  (ini kalam yg betul) tidak ada yg mengetahui berapa jumlah alam semesta ini kecuali Allah. Mmg hanya Allah yg tahu ciptaan Dia. Al-Qurthubi menukilkan dari Abu Said al-Khudri: beliau mengatakan sesungguhnya Allah memiliki 40,000 alam semesta. Dunia dari timur sampai barat itu baru 1 alam.  Semua ini masing2 perlu diteliti lagi. Selagi bukan dari nabi dan tidak sohih maka tidak kita terima. Berkata Zajjaj: yg namanya alam adalah seluruh yg Allah ciptakan di dunia dan akhirat. Kata Qurthubi; inilah yg betul. Dia mencakup seluruh alam semesta. Seperti firman Allah: Firaun bertanya kpd nabi Musa, apa itu Robbul Alamin? Maka nabi Musa menjawb iaitu Robb seluruh langit dan bumi dana pa saja yg ada di antara keduanya, kalau kalian meyakini itu. Bererti kalau kalian meyakini itu, kalian berhenti menyembah yg lain. Ini jawapan yg bagus, bererti alam semesta bkn hanya manusia dan jin, tp semua makhluk ini. Alam ini adalah pecahan dari lafaz alamah (alamat) krn mmg alam semesta ini alamat dan tanda ttg keberadaan dan kekuasaan Allah. Ianya menunjukkan keesaan Sang Pencipta. Sebagaimana ucapan Ibnu Muqtaz: sungguh mengherankan bgmn sesembahan itu sampai didurhakai atau bmgn seorang penentang itu berani menentang (keberadaan) Allah, padahal di segala sesuatu ada ayat utk Allah taala. Sebagaimana kata Ibnu Qoyyim, setiap zarah dari zarah alam semesta ini menunjukkan keagungan Allah taala. Menunjukkan Allah itulah yg satu. Tidak ada sesembahan atau pencipta yg lain.
 
Kemudian utk ar-Rohman nir-Rohim:
 
Telah berlalu pembicaraan ttg ini di dlm basmalah yg mencukupi dan tidak perlu pengulangan. Intinya kedua2nya adalah dari sifatul-rohmah dan dua2nya adalah bersifat mubalaghoh iaitu sgt penyayang. Cuma bezanya ar-Rohman ini adalah menunjukkan kpd sifat zaatiyah Allah, maknanya adalah yg memiliki sifat rohmat yg luas. Ar-Rohim ini adalah  sifat fi’liyah, kembali kpd fe’el, iaitu merohmati siapa yg  Dia kehendaki dari para hambaNya. Al-Qurthubi mengatakan hanyalah Allah mensifati diriNya dgn ar-Rohman nir-Rohim setelah firmanNya: Robbul alamin (penguasa alam semesta) ini bagus. Dan tafsir yg bagus ini yg diambil. Ini masuk ke dlm bab menggandengkan antara memberikan minat dan harapan setelah adanya peringatan dan penakut-nakutan. 

Firman Allah: “khabarkan kpd para hambaKu dgn khabar yg besar ttg diriKu bahawasanya Aku adalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan bahawasanya siksaanKu itulah siksaan yg pedih.” Jadik gabungan antara tarhib dn targhib krn Robbul Alamin, penguasa alam semesta, yg sempurna, memunjukkan adanya keadilan. Kalau ada keadilan bererti tidak ada kezholiman pun dan di situ ada balasannya. Tidak mungkin itu diluputkan kalau itu terkait sesama makhluk atau terkait dgn hak Allah. Allah mmg Maha Baik. Ar-Rohman nir-Rohim. Mungkin menghukum, mungkin memaafkan.
 
Dan juga spt dlm firman Allah taala: “sesungguhnya Robb mu adalah maha cepat hukumannya dan sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jadi ar-Robb di dlmnya ada makna penakut2an. Dia adalah penguasa segalanya. Ada makna penakut2 agar org beradab, ikut peraturan Allah, tidak sombong. Kemudian ar-Rohman nir-Rohim ada taghib (mengharapkan rahmat Allah) utk ditolong, utk dimudahkan urusannya, utk dikasihani atas kesalahan2 yg ada dan seterusnya. Dlm Sahih Muslim dari  Abu Hurairah yg mengatakan Rosululloh sallallahu alaihi wasallam bersabda: seandainya irg yg  beriman itu tahu hukuman yg ada di sisi Allah, tidak akan ada seorang pun yg akan berhasrat utk masuk ke dlm syurga (mengenangkan betapa byknya dosa, sementara hukuman sebyk itu, bgmana saya selamat). Ini agar seorg mukmin itu tidak terasa tenteram dgn dosa2nya, tp sentiasa waspada. Seandainya org kafir tahu rohmat yg ada di sisi Allah,  tidak ada seorang pun yg putus asa dari rohmat Allah. Utk org kafir saja tidak boleh putus asa, apa lg org mukmin. Allah lebih sayang kpd mukmin dari org kafir.
 
Kelanjutannya besok insya Allah. Wallahu’alam.

No comments:
Write komentar

Archive

BIOGRAFI