Repost by: AlFaruq’s Blog
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
Sesi 1:
Sesi 2:
Dars 04/16/2020
Bahagian 1
Al Baqarah ayat 72
وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا ۖ وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ (72) (البقرة)
Perselisihan tentang orang yang membunuh lelaki kaya tersebut.
Sebahagian dari Bani Israel, mereka tahu siapa pembunuhnya kerana mereka lah yang membuat makar agar terbunuhnya orang tua itu.
Allah akan mengeluarkan apa yg dirahsiakan.
Allah memerintahkan mereka memukulkan sebahagian anggota lembu kepada jenazah yg dibunuh itu.
Allah menyamarkan tentang aggota bahagian mana lembu tersebut yang di gunakan untuk memukul mayat itu.
Allah menghidupkan orang ini, lalu dia mengabarkan siapa sipembunuhnya.
Minit 11.28 *Kisah dusta di Manaqib Sheikh Abdul Qadir al Jailani*
Letika Sheikh Abdul Qodir diminta oleh sebahagian orang, untuk menahan Malakul Maut dari memgambil nyawa seseorang, kerana orang itu masih diperlukan keluarganya.
Maka Sheikh Abdul Qodir pun terbang menghadang Malakul Maut yang membawa kantung nyawa itu, meminta agar nayawa sifulan dikembalikan. Malakul Maut tidak mahu maka terjadi perkelahian, peperangan antara Sheikh Abdul Qodir dengan Malakul Maut. Ini kisah dari awal sampai akhirnya berisi banyak kekufuran dan kesyirikan.
Bagaimana Sheikh Abdul Qodir yang katanya sebagai wali itu, dan memang beliau wali Allah tapi dari ahlussunnah, bukan dari kalangan orang-orang Sufiyah. Cuma kisah di palsukan.
Bagaimana yang beliau itu wali Allah, yang mendengar dan taat kepada Allah, tapi justeru menentang perintah Allah untuk, yang diberikan kepada Malakul Maut. Bagi yang sudah mati, mati. Yang masih hidup maka Malakul Maut tidak akan mencabut nyawa dia. Ini namanya menentang taqdir Allah.
Kemudian kerana dahsyatnya peperangan dan perkelahian di antara mereka berdua, maka kantung tadi sampai lepas dari Malakul Maut. Menunjukkan betapa gigihnya Sheikh Abdul Qodir dan betapa susahnya Malakul Maut mrnghadapi Sheikh Abdul Qodir sampai kantung itu lepas. Kerana lepas maka talinya terbuka. Akibatnya nyawa-nyawa pun berterbangan, banyak yang kembali ke orang yamg sudah mati. Ini kisah yang ajaib.
Di Indonesia terkenal. Barangsiapa yang membacakan Manaqib Sheikh Abdul Qodir di hadapan orang yang sakit, maka sakitnya akan sembuh. Ini aqidah yang rosak seperti ini.
Tapi yang benar apa, Allah menjadikan bahawasanya orang yang sudah mencapai ajalnya, tidak mungkin dia kembali lagi ke dunia kecuali untuk apa, Allah تعالى mendatangkan mukjizat membenarkan, menguatkan serta mengukuhkan kenabian senagian nabi seperti yang ada disini, yaiyu apa, Nabi Musa عايه السلام dan seperti yang إن شاءالله akan kita lewati tentang apa, kisah Nabi Uzair kalau netul namanya Uzair dalam kisah tersebut dan juga seperti dalam kisah nabi Ibrahim, dan juga dalam kisah nabi Isa, untuk menolong dan membantu nabiNya bukan agar nabiNya di kultuskan dan bukan pula agar nabiNya itu didustakan tanpa mampu menampakkan keajaiban dan seterusnya.
Jadi Allah lah yang mengatur itu dan menetapkan itu. Wali tidak ada urusan sedikit pun dalam masaalah ini.
Thoyyib, sampai disini disebutkan penafsiran yang disebutkan oleh Imam as Sa'di
*Faedah Sheikh al Harori*
Sikap Bani Israel - tradisi untuk menyelisihi nabi mereka, mendustakan pembangkangan. Sikap kasar berbicara kepada Nabi Musa. Perangai buruk yang berulang-ulang.
Nenek moyang Bani Israel suka membatalkan perjanjian.
Memgingatkan Bani Israel
Agar kita mengambil pelajaran.
1. Sikap terlalu berdalam-dalam, sikap memperbanyak soalan, ini menyulitkan hukum, menjadikannya sempit dan menyusahkan.
2. Penyembelihan lembu. Jenis yg mereka menyembah. Tujuannya utk penghinaan kpd lembu tersebut.
3. Mereka mengolok-olok para nabi. Mengolok-olok adalah kekufuran.
4. Allah mampu hidupkan makhluk yang mati dengan makhluk yg semula hidup lalu mati. Ini menunjukkan kekuasaan Allah تعالى.
No comments:
Write komentar