Repost by: AlFaruq’s Blog
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
Dars 06/04/2020
Kisah lelaki yang dibunuh yg diceritakan didalam surah Al Baqoroh.
Lelaki yg dibunuh tersebut lelaki yang kaya namun tidak mempunyai anak. Dan dalam masa yang sama beliau mempunyai anak buah (anak saudara) yang miskin.
Anak saudara orang tua ini membunuh bapa saudara mereka kerana mahu segera hartanya. Namun dia cuba membuat helah agar mereka tidak dituduh.
Anak saudara ini, mendatangi Nabi Musa kononnya ingin menuntut hak di atas terbunuhnya bapa saudara, walhal dia lah pembunuh sebenarnya. Yang membunuhnya ramai, dikalangan anak-anak buah orang tua ini. Mereka mencuba menuduh kepada suatu kabilah di Madinah.
Permasaalahan ini di adukan kepada Nabi Musa. Pihak kabilah meminta agar Nabi Musa berdoa kepada Allah agar menunjukkan kepada mereka pembunuh sebenar. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Musa agar mereka menyembelih lembu.
Kemusykilan Bani Israil tentang sifat-sifat lembu yang dicari.
No comments:
Write komentar